PENEMPAHAN TIKET PENERBANGAN

  • Setelah pihak kami menerima bayaran (cek – sehingga cek ‘clear‘), kami akan membuat penempahan tiket dalam hari yang sama (untuk hari bekerja biasa). Sekiranya bayaran diterima jatuh pada hari Cuti Umum, maka penempahan tiket akan dibuat pada hari bekerja yang berikutnya.
  • Adalah dimaklumkan bahawa jumlah harga tiket penerbangan yang kami berikan pada Borang Sebutharga/Quotationadalah berdasarkan kepada harga semasa.
  • Sekiranya terdapat kenaikan harga, maka kami akan maklumkan kepada peserta dan peserta perlu menambah kos kenaikan harga tersebut.
  • Begitu juga kalau terjadi penurunan harga tiket (seperti promosi semasa dan sebagainya), kami juga akan memaklumkan kepada peserta.
  • Kami juga tidak bertangungjawab sekiranya tiket habis dijual dan sebagainya atau sebarang sebab yang diberikan oleh syarikat penerbangan.
  • Bukti penempahan tiket akan kami berikan kepada peserta selewat-lewatnya dalam masa 2 hari bekerja. sekiranya jumlah peserta melebihi 20 orang, mungkin perlu membuat Tempahan Tiket Berkumpulan (group booking).
  • Harga group booking biasanya tidak sama dengan harga yang dilihat di dalam laman web syarikat penerbangan.
  • Untuk group booking tiket, kami akan memaklumkan kepada anda jumlah kos tiket setelah kami mendapat harga daripada syarikat penerbangan.
  • Peserta atau ketua peserta juga perlu memberikan Nama Penuh dan maklumat-maklumat peserta yang lain dengan tepat sepertimana yang tercatat di dalam dokumen pengenalan diri (passport). Sebarang kesilapan ejaan nama dan sebagainya yang disebabkan oleh kesilapan peserta memberi maklumat adalah menjadi tanggungjawab peserta dan peserta perlu menagung kos pembetulan tersebut.
  • Untuk menjimatkan masa check in di kaunter, anda digalakkan membuat Web Check in.

JADUAL LAWATAN/ITINERARY

  • Kami mempunyai hak untuk menukar jadual lawatan/itinerarysekiranya terjadi hal-hal di luar jangkaan kami seperti masalah cuaca, nasihat daripada pihak berkuasa tempatan/pemandu pelancong atau atas apa sebab yang munasabah.

TANGGUNGJAWAB PESERTA

  • Semua peserta memahami bahawa adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk mengikuti segala peraturan dan undang-undang di negara yang dilawati.
  • Kami iaitu Tursina Travel Sdn Bhd (atau wakil kami hanya bertindak sebagai penganjur percutian/pengurus percutian (vacation organizer/vacation planner) untuk mengurus penempahan tiket pesawat, pengangkutan, tempat tinggal/hotel, makan-minum dan sebagainya yang berkaitan dengan percutian/pengurusan acara.
  • Sebarang kejadian luar jangka seperti kemalangan, kematian atau perlanggaran undang-undang oleh peserta adalah menjadi tanggungjawab peserta sendiri.
  • Pihak kami akan memberi Insuran perjalanan berkelompok / group travel insurance untuk setiap para peserta kami (cover kemalangan sahaja)
  • Para peserta juga dinasihatkan untuk mengambil Insuran peribadi (PA) untuk perlindungan menyeluruh
  • Sekiranya ada di antara peserta yang mempunyai masalah kesihatan dan sedang hamil, anda perlu berhati-hati dan jika perlu anda perlu mendapatkan surat pengesahan daripada doktor anda.
  • Sekiranya anda dihalang/tidak dibenarkan menaiki pesawat oleh pihak syarikat penerbangan yang disebabkan oleh masalh kesihatan dan kehamilan anda, ianya diluar tanggungjawab kami.

MAKSUD PAKEJ KESELURUHAN (ALL –IN)

Pakej All-in bermaksud termasuk semua kos iaitu:

  • Tiket penerbangan pergi-balik.
  • Penginapan/hotel
  • Pengangkutan sepanjang lawatan
  • Makan dan minum sepanjang lawatan.
  • Makanan dalam penerbangan (meal on board)
  • Tips untuk pemandu pelancong (kecuali dinyatakan sebaliknya).
  • Bayaran masuk ke tempat lawatan.
  • Insuran perjalanan berkelompok / group travel insuran (Kemalangan sahaja)
  • Visa (bagi negara yang memerlukan visa)

Pakej Keseluruhan (All-in) – Tidak Termasuk:

  • Cukai/Airport taxes(Semasa pulang)
  • Passport peribadi,
  • Lebihan cukai barangan (excess baggage charges).
  • Insuran peribadi.
  • Tempahan tempat duduk/pick-up seat,
  • ** (sepertimana di nyatakan di dalam sebut harga/surat tawaran)

MAKSUD GROUND COST/PAKEJ ASAS

  • Pakej Ground Costtermasuk:
  • penginapan, pengangkutan, makan-minum, tip pemandu, tiket lawatan dan sepertimana di nyatakan di dalam sebut harga/surat tawaran.
  • Pakej Ground: tidak termasuk-tiket penerbangan (pergi balik), Airport taxes dan lain-lain seperti di nyatakan di atas)

MAKAN–MINUM SEPANJANG TEMPOH PERCUTIAN

  1. Pihak kami berhak meminda/mengubah restoran untuk (makan tengahari atau malam) tanpa atau dengan notis.
  2. Sekiranya peserta terlepas atau tidak mengikuti jadual makan (tengahari/malam) di sebabkan tidak mengikuti rombongan/kumpulan, maka pihak kami tidak bertanggungjawab untuk mengeluarkan kos tambahan. Itu menjadi tanggungan para peserta sendiri.
  3. Sekiranya peserta memerlukan makanan lain seperti fast foodatau sebagainya yang tidak terdapat di dalam pakej, maka kos tersebut adalah atas tanggungan peserta sendiri.
  4. Setiap pakej makanan adalah telah di tetapkan, peserta tidak boleh menambah pakej makanan yang telah di tetapkan seperti tambahan jus, air botol atau sebagainya. Walaubagaimanapun, sekiranya memerlukan tambahan makanan-minuman, peserta harus menanggung kos tersebut.
  5. Sekiranya peserta tidak dapat menerima pakej makanan yang kami sediakan, sila maklumkan kepada pihak kami terlebih dahulu untuk pihak kami mencari penggantian makanan lain dan sekiranya ada tambahan kos adalah atas  tanggungan peserta.
  6. Sekiranya ada permintaan untuk ke restoran pilihan peserta sendiri, bergantung kepada budi bicara pihak kami/pemandu dan sekiranya terdapat perbezaan harga, peserta harus menanggung kos tersebut.

TEMPAT-TEMPAT LAWATAN & KOS TIKET

  1. Tempat-tempat lawatan adalah seperti yang di nyatakan di dalam surat tawaran di mana tiket kemasukan adalah atas tanggungan pihak kami (kecuali dinyatakan berlainan seperti di dalam surat tawaran), sekiranya terdapat permintaan dari peserta untuk ke tempat lawatan yang lain, itu adalah atas tanggungan peserta untuk membuat tambahan kos.

CUKAI AIRPORT, LEBIHAN BARANG-BARANG,PENEMPAHAN TIKET

  1. Cukai air-port adalah atas tanggungan peserta untuk masa penerbangan pulang, (**rujuk surat tawaran).
  2. Cukai Lebihan barangan adalah atas tanggungan peserta mengikut peraturan harga pihak syarikat penerbangan.
  3. Tambahan kos akan di kenakan untuk pemilihan tempat duduk (pick –up seat), pesanan makanan dalam penerbangan dan sebagainya (kecuali telah termasuk di dalam penempahan tiket sebelumnya)

PENGANGKUTAN (TRANSPORTATION)

  1. Pihak kami berhak menukar jenis pengangkutan sekiranya perlu, jika terdapat kerosakan, kemalangan atau perkara yang tak dapat di elakkan (dengan/tanpa notis kepada peserta). Namun pihak kami akan memastikan keselesaan peserta sepanjang percutian.
  2. Waktu perkhidmatan pengangkutan adalah dari jam 8 pagi ke 8 malam.
  3. Sekiranya peserta ingin mengubah haluan tempat lawatan, adalah bergantung kepada budi bicara pemandu kami dan pemandu kami berhak mengubah jadual tempat lawatan sekiranya terdapat sesuatu perkara yang tak dapat di elakkan.

AKTIVITI FREE AND EASY

  1. Peserta boleh membuat aktiviti sendiri selepas waktu yang pihak kami aturkan (8.00pagi-8.00malam), namun sekiranya berlaku sesuatu di luar dugaan atau isu-isu keselamatan ianya adalah menjadi tanggungjawab peserta sendiri.
  2. Peserta boleh mendapatkan khidmat pemandu kami dan kos tambahan bergantung perbincangan antara peserta dan pemandu kami.

DEPOSIT, PEMBAYARAN PENUH & CARA BAYARAN

  1. Selepas membuat pengesahan penyertaan, peserta haruslah membayar deposit di dalam tempoh 7 (tujuh) hari bekerja) sebanyak 50 % dari jumlah harga pakej.
  2. Pembayaran selebihnya/baki keseluruhan kos hendaklah di bayar selewat-lewatnya 30/40 hari sebelum tarikh lawatan.
  3. Pembayaran deposit adalah untuk penempahan tiket (pergi-balik), penginapan, pengangkutan dan sebagainya.

PEMBATALAN, CAJ PEMBATALAN DAN PEMULANGAN WANG

  1. Pembatalan pakej pelancongan akan terjadi sekiranya beberapa keadaan dibawah berlaku;
    1. Kegagalan untuk membuat bayaran penuh pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak TURSINA TRAVEL.
    2. Pembatalan dari pelanggan sendiri.
      Notis pembatalan pakej pelancongan daripada pelanggan mestilah dibuat secara bertulis rasmi ataupun emel untuk mengelakkan terjadinya salah faham antara pihak pelanggan dan pihak TURSINA TRAVEL. Pengiraan caj penalti adalah berdasarkan tarikh notis yang diterima oleh pihak TURSINA TRAVEL.
  2. Jika pembatalan dibuat 60 hari atau lebih dari tarikh berlepas, deposit akan dipulangkan semula dan caj pengurusan akan dikenakan
  3. Pemulangan akan dibuat selepas pihak TURSINA TRAVEL memprosesnya dalam masa 60 hari selepas permohonan pemulangan wang diterima.
  4. Semua pembayaran deposit dan bayaran penuh adalah tidak boleh dipulangkan sama sekali selepas tempoh pembatalan telah tamat. Pengecualian hanya diberikan untuk sebab-sebab berikut :-
    1. Kematian
    2. Kemasukan ke wad hospital
    3. Sebab-sebab perubatan / dalam perawatan – di sertakan dengan lampiran daripada hospital ( surat daripada pelatih perubatan adalah tidak diterima)
  5. Pembayaran akan di buat oleh pihak TURSINA TRAVEL setelah di tolak kos perbelanjaan yang telah di keluarkan  & bergantung kepada budi–bicara pihak kami.
  1. Sekiranya pembatalan adalah di sebabkan masalah VISA/PASSPORT atau lain-lain hal bersangkutan undang-undang keluar masuk negara dan sebagainya, pihak kami tidak boleh dipertangungjawabkan dalam hal-hal sebegini.

CAJ/BAYARAN PEMBATALAN

TEMPOH CAJ PEMBATALAN Nota
60 hari atau lebih dari tarikh berlepas Pemulangan wang deposit Pemulangan wang tertakluk kepada caj pentadbiran yang dikenakan
45 – 59 hari sebelum tarikh berlepas Tiada pemulangan wang deposit  

 

 

 

N/A

21 – 44 hari sebelum tarikh berlepas 50% daripada bayaran harga pakej
15 – 20 hari sebelum tarikh berlepas 75% daripada bayaran harga pakej
Bawah 15 hari sebelum tarikh berlepas 100% daripada bayaran harga pakej

DOKUMEN PERJALANAN (PASSPORT ANTARABANGSA)

  1. Setiap peserta harus memastikan tempoh sah Passport Antarabangsa melebihi tempoh 6 bulan dari tarikh kembali dari lawatan.
  2. Adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk memastikan semuanya seperti yang ditetapkan atau yang di benarkan undang-undang Malaysia dan undang-undang negara yang dilawati.
  3. Sekiranya peserta tidak dapat berlepas semasa di lapangan terbang yang disebabkan oleh tempoh sah passport kurang dari yang dibenarkan, maka pihak Tursina Travel tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana perkara tersebut adalah menjadi kewajipan peserta sendiri.

VISA

  1. Bagi negara yang memerlukan visa seperti China, India,Australia, dan mana-mana Negara, pihak kami akan menguruskan proses permohonan tersebut (termasuk dalam pakej).
  2. Peserta diminta untuk menghantar dokumen (proses permohonan visa) yang diperlukan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak kami.

INSURAN PERJALANAN

  1. Insurance perjalanan berkelompok (group travel insurance) telah termasuk dalam harga pakej.
  2. Sekiranya anda memerlukan insuran peribadi/personal insurance, pihak kami boleh menguruskan untuk anda.

TANGGUNGJAWAB PESERTA

  1. Pihak TURSINA TRAVEL hanya menguruskan urusan penempahan penginapan, pengangkutan, urusan makanan, pengurusan acara dan sebagainya tertakluk kepada syarat-syarat yang di benarkan oleh pihak berkuasa.
  2. Semua peserta yang terlibat dalam pakej berkumpulan yang di anjurkan oleh pihak TURSINA TRAVEL adalah tertakluk kepada tanggungjawab sendiri di mana pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, akibat di rompak, di culik, kematian, kemalangan dan sebagainya.
  3. Pihak TURSINA TRAVEL tidak bertanggungjawab sekiranya peserta melakukan kesalahan/terlibat seperti: –
  • Salah memberi maklumat, terlepas penerbangan atau mengubah sendiri jadual lawatan (itinerary)
  • Penambahan kos yang tak dapat di elakkan di sebabkan kelewatan, pertukaran haluan penerbangan, peperangan, kuarantin atau sebab-sebab lain.
  • Tambahan hari untuk penginapan di sebabkan kelewatan/pembatalan penerbangan yang di lakukan/di buat oleh pihak syarikat penerbangan atau pihak-pihak berkenaan.
  • Sebarang kerosakan, kehilangan barang-barang atau bagasi, kemalangan atau lain-lain dan itu menjadi tanggungjawab peserta untuk membuat tuntutan dari pihak berkenaan seperti syarikat Insuran/syarikat penerbangan dan sebagainya.
  • Sebarang masalah yang timbul di Imigresen (dalam & luar negara) yang di sebabkan oleh peserta melanggar undang-undang Imigresen seperti membawa barang larangan seperti dadah, senjata api dan sebagainya adalah menjadi tanggungajawab peserta. Begitu juga sekiranya peserta membuat pemalsuan dokumen perjalanan dan sebagainya.
  • Sebarang masalah yang timbul di sebabkan peserta melanggar undang-undang negara yang di lawati seperti kesalahan mencuri, menipu dan sebarang kesalahan serius yang lain adalah menjadi tanggungjawab peserta.
  • Sebarang kesalahan/melanggar undang-undang mana-mana negara/mana-mana pihak yang tidak tercatat di atas oleh pihak peserta adalah menjadi tanggungjawab peserta sendiri juga.
  • Tiada pengembalian wang (refund) sekiranya peserta tidak mahu melibatkan diri dalam perjalanan, makanan, penginapan dan sebagainya di tempat lawatan atau tidak mengikut itinerary seperti yang pihak kami tetapkan.
  1. Sebarang permintaan istimewa di dalam penerbangan tertakluk dan bergantung kepada pihak syarikat penerbangan dan sebarang kos adalah atas tanggungan peserta.
  2. Tiket penerbangan yang telah di beli/di keluarkan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dari pihak syarikat penerbangan dan sebarang permintaan penambahan/pembatalan dan sebagainya adalah bergantung kepada pihak syarikat penerbangan dan pihak kami tidak terikat untuk sebarang urusan sebegini.
  3. Sekiranya berlaku perubahan masa penerbangan (delay/reschedule earlier) yang dibuat oleh syarikat penerbangan juga adalah di luar bidang kuasa kami.
  4. Sekiranya terdapat sebarang pemindaan terhadap tiket penerbangan seperti kesalahan ejaan nama, nombor Kad Pengenalan, passport (yang disebabkan oleh kesilapan peserta memberi maklumat), maka pihak peserta perlu menanggung kos perubahan tersebut termasuk kos pentadbiran.
  5. Semua agenda percutian & pengurusan acara dari pihak Tursina Travel seperti harga pakej percutian,  perkhidmatan, syarat-syarat percutian adalah tepat pada masa ianya di keluarkan/cetakan dan perubahan boleh di lakukan oleh pihak Kembara Murni pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Nota :

Semua peserta yang mengikuti program pakej lawatan kami dianggap telah membaca, memahami dan menerima semua terma dan syarat di atas.

Start typing and press Enter to search

WhatsApp Logo