bg

Selamat Datang ke Tursina Travel Sdn Bhd

TURSINA TRAVEL SDN BHD beroperasi di Lot 441, Tingkat 1 ( Sebelah Bank Islam ), Kompleks Niaga Wakaf Che Yeh, Jalan Kuala Krai, 15100 Kota Bharu Kelantan, Malaysia.

Nama TURSINA TRAVEL SDN BHD di ambil sempena nama sebuah bukit iaitu “Bukit Sinai” yang terletak di Madyan, yang dahulu adalah sebahagian dari daerah Syam, dan kini termasuk dalam Semenanjung Sinai, Mesir. Bukit Sinai adalah antara bukit-bukit yang diberi keistimewaan dalam disiplin Islam, selain dari bukit Nur di Makkah dan bukit Uhud di Madinah. Bukit ini berketinggian 2240 meter. Bukit Sinai juga adalah tempat Nabi Musa AS bermunajat dan bercakap-cakap dengan Allah SWT (al-A’raf: 143).

TURSINA TRAVEL SDN BHD menawarkan pakej percutian yang terbaik dan berkualiti untuk anda. Dengan pengalaman yang luas dalam menguruskan pakej percutian ke seluruh dunia, kami percaya anda pasti berpuas hati dengan harga dan pakej yang ditawarkan. Pihak kami berurusan terus dengan agensi terbaik di seluruh dunia dan ini merupakan salah satu faktor kejayaan kami dalam memastikan pakej yang diberikan mempunyai kualiti serta membuat anda lebih selesa bersama kami!

Tursina Travel, “Travel With Care”.

KENAPA PERLU MEMILIH KAMI?

  • Berlesen dengan Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia (KPK/LN7694)
  • Pakej “SAHABAT 55” iaitu harga diskaun untuk Warga Emas berumur 55 ke atas.
  • Pakej lengkap tanpa sebarang kos tersembunyi.
  • Harga yang rendah tetapi kualiti pakej yang terbaik.
  • Pakej Muslim – 100% jaminan HALAL.
  • Penjagaan Waktu Solat semasa melancong.
  • Talian kecemasan 24 jam sewaktu melancong (terus dihubungkan kepada pengurusan syarikat).
  • Perkhidmatan tukaran mata wang asing PERCUMA.
  • Care Line- syarikat akan menghubungi ‘tour leader’ kumpulan anda dari masa ke semasa untuk memastikan percutian anda berjalan dengan baik dan lancar.
  • Taklimat pakej ke pejabat / tempat anda seminggu sebelum bertolak (mengikut keperluan).
  • Syarikat 100 % milik Bumiputera.

Start typing and press Enter to search

WhatsApp Logo